KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025, kata Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata setakat ini, liputan akses bekalan air di bandar dan luar bandar mencapai 97.1 peratus, manakala perkhidmatan pembetungan meliputi 84.4 peratus di empat bandar utama.
"Sememangnya industri air ini satu industri yang dinamik. Maka sebab itu kementerian (PETRA) apabila meneliti dari segi apa yang telah dilaksanakan dan dalam progres (kemajuan), kita menjangkakan kita boleh mencapai 98 peratus untuk melakukan peningkatan dalam tempoh dua tahun inilah.
"Ini memerlukan koordinasi daripada semua pihak yang terlibat, juga dalam kalangan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat air dan juga pihak kerajaan-kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Ekspo dan Forum ASIAWATER 2024 di sini pada Selasa.
Hadir sama Penasihat ASIAWATER Datuk Teo Yen Hua dan Presiden Persatuan Air Malaysia Mohmad Asari Daud.
Akmal Nasrullah berkata inisiatif berkenaan selaras dengan matlamat utama Malaysia MADANI untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat sambil menyokong matlamat keenam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 6) iaitu memastikan ketersediaan dan pengurusan air dan sanitasi yang mampan untuk semua.
Beliau berkata Perlis, Kedah dan kelantan merupakan antara negeri yang dikesan mempunyai tahap air tidak terhasil (NRW) yang tinggi disebabkan air mengalir keluar apabila berlaku paip bocor yang menyukarkan penyaluran bekalan air bersih kepada pengguna.
Dalam pada itu, Akmal Nasrullah menerusi ucapan yang dibacakan bagi pihak Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata PETRA sedang menumpukan terhadap empat inisiatif utama sebagai usaha memastikan bekalan air berterusan dan mencukupi, khususnya di kawasan terjejas kemarau.
Beliau berkata bagi mencapai matlamat berkenaan, PETRA mesti menjamin masa depan air yang boleh dipercayai dengan perancangan strategik, membangunkan infrastruktur air dan menangani kemampanan kewangan pengendali air, mengoptimumkan operasi di seluruh industri air serta membina ketahanan ke arah penyesuaian terhadap perubahan iklim dalam sistem air.
Sementara itu, Teo berkata ASIAWATER 2024 merupakan acara utama untuk membangunkan Asia, memupuk pertukaran pengetahuan, mempamer kemajuan serta membentuk perkongsian penting bagi menangani cabaran pengurusan air.
Bertemakan "Water Transformation and Climate Change: Innovation for Resilience," ekspo dan forum tiga hari yang bermula pada Selasa menarik kehadiran lebih 20,000 peserta perdagangan dan profesional industri dari 61 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Akmal Nasrullah berkata setakat ini, liputan akses bekalan air di bandar dan luar bandar mencapai 97.1 peratus, manakala perkhidmatan pembetungan meliputi 84.4 peratus di empat bandar utama. - Foto BERNAMA
LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula 5 pagi ini.
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran, memahami dan menelaah kandungannya agar mudah diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
236,000 pek makanan MRE dapat kelulusan Arab Saudi
Kelulusan oleh Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan Arab Saudi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan rakan strategik, Mashariq menguruskan sajian makanan sedia dimakan (MRE) kepada jemaah haji Malaysia semasa Masyair nanti.
Pelantikan Pengerusi SPR penting untuk reformasi hala tuju
Yan Ke berkata berpandangan reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan setakat ini juga berada pada tahap tidak memuaskan dan prestasi berkenaan boleh dipertingkatkan.
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Perjalanan terakhir: Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis.
Protes universiti: Pelajar Harvard tamat pengajian protes untuk Gaza
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mencadangkan Kerajaan Negeri Terengganu supaya mengenakan caruman perparitan kepada pemaju tanah.
Hujan lebat luar biasa hampir tenggelamkan Bandar Purba Petra
Air dari pergunungan sekeliling telah mengalir deras ke dalam bandar purba itu.
Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin
Tentera Israel menahan 18 wartawan Palestin di penjara mereka, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin lapor Agensi Berita Jordan (Petra).